Unit HEM

VISI UNIT HAL EHWAL MURID

KE ARAH MEMPERTINGKATKAN 
KECEMERLANGAN SAHSIAH DAN DISIPLIN
MURID MENJELANG 2015

MISI UNIT HAL EHWAL MURID

1.PEMBUDAYAAN ADAB DAN PEMBENTUKAN SAHSIAH & DISIPLIN
YANG BAIK.

2.SEKOLAH BERSIH & CERIA.

3.SEKOLAH SELAMAT UNTUK SEMUA WARGA SEKOLAH.


OBJEKTIF HAL EHWAL MURID

DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR

1.1 Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibubapa kedua kepada semua pelajar.
1.2 Sentiasa meletakkan kepentingan & kebajikan pelajar dalam semua bentuk tindakan dan keputusan       yang dibuat.
1.3Semua guru perlu melayan semua pelajaar dengan adil,saksama,bertimbang rasa & kasih sayang.

DASAR 2 : KEMASUKAN PELAJAR

2.1 Sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari pelbagai kaum tnpa sekatan.
2.2 Setiap maklumat pelajar akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran & sistem maklumat           murid (SMM).
2.3Setiap pelajar diwajibkan memiliki sebuah buku "Peraturan Sekolah" pada setiap masa.

DASAR 3 : DISIPLIN PELAJAR

3.1 Pelajar yang sering melanggar peraturan sekolah,akan dihadapkan ke lembaga disiplin.
3.2 Ibubapa atau penjaga pelajar yang dihadapkan kepada Lembaga Disiplin akan dipanggil untuk               hadir ke sekolah.
3.3 Sekolah akan mengamalkan pendekatan "Nasihat Dan Bimbingan" dalam menangani permasalahan       disiplin pelajar.
3.4 Ibubapa atau penjaga kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah, perlu memaklumkan atau                   menulis surat kepada pihak sekolah.
3.5 Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama 3 hari berturut-turut dikira ponteng                   sekolah.

DASAR 4 : KESELAMATAN PELAJAR

4.1 Keselamatan pelajar akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan             sekolah pada waktu persekolahan.
4.2 Ibubapa atau penjaga,yang ingin membawa pelajar keluar perlu menulis nama didalam Buku                 Kebenaran Keluar yang terletak dipejabat.
4.3 Semua pelajar dilindungi dengan Skim Insurans Takaful Malaysia.

DASAR 5 : KESIHATAN PELAJAR

5.1 Sekolah akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui program-program yang             dirancang seperti :-
- Pemeriksaan Gigi Dan Mata
- Pemeriksaan Kesihatan
- Program RMT
- Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan
- Ceramah dan Kempen 

5.2 Mendapatkan maklumat tahap kesihatan pelajar daripada ibu bapa/penjaga terlebih dahulu                   terhadap kes-kes yang kronik.
5.3 Penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat semasa berada di sekolah.
5.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital,tanpa menghubungi penjaga terlebih dahulu terhadap kes-kes yang kronik.

No comments:

Post a Comment