6 Mar 2015

UCAPAN GURU BESAR

Assalamualaikum Wrt. Wbt. dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah di atas keizinan yang diberikan oleh Allah SWT serta Rahmat dan Kasih Sayang Nya. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam blog rasmi SK Pengkalan Baharu, Pantai Remis, Perak. 
Selaku Guru Besar, saya turut berasa bangga dengan pencapaian anak-anak Tuan-Puan. Oleh itu, teruskanlah kecemerlangan yang dicita-citakan kerana kejayaan dan kecemerlangan bukanlah suatu destinasi tetapi suatu perjalanan dan kembara yang tidak ada batas sempadannya. Maksudnya, kecemerlangan hendaklah menjadi budaya dan mendarah daging dalam setiap aspek kehidupan dan tidak terhenti setelah kita menamatkan zaman persekolahan sahaja.
Untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan perlulah ada kesepakatan dan kerjasama pelbagai pihak. Di peringkat sekolah, kita telah melakukan yang terbaik selaras dengan etika dan Piagam Pelanggan Perkhidmatan Pendidikan. Justeru, gandingan mantap daripada Ibu Bapa, keluarga dan masyarakat sekeliling amat diperlukan supaya matlamat pendidikan untuk melahirkan generasi bagi mengisi wawasan negara akan tercapai.
Akhirnya, sekalung penghargaan turut diucapkan kepada warga PIBG SK Pengkalan Baharu, semua guru-guru dan kakitangan sokongan sekolah kerana tidak jemu-jemu membantu dari segi material dan sokongan moral. Segala jasa dan budi baik Tuan Puan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.
Sekian. Saya sudahi dengan lafaz Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.